Pengenalan ilmu tauhidSaturday, 8 December 2012@22:58
Maksud :
Ilmu tauhid secara umumnya ialah ilmu yang membicarakan tentang cara-cara menetapkan aqidah agama dengan menggunakan dalil-dalil yang menyakinkan seperti dalil naqli dan dalil aqli.
Bidang perbahasan Ilmu tauhid :
- Beriman kepada Allah S.W.T : Mempercayai apa yang wajib, mustahil dan harus pada zat Allah
- Beriman kepada Nabi : Mempercayai apa yang wajib, mustahil danharus pada hak-hak rasul
- Beriman dengan perkara Ghaib : Kewajipan beriman dengannya
Faedah Ilmu Tauhid :
- Mengukuhkan dali-dali tentang keesaan Allah
- Mengukuhkan dalil-dalil tentang kebenaran utusan rasul keatasnya sesungguhnya Islam adalah agama yang benar
- Menjadi dalil sesungguhnya Islam adalah agama yang diredhai Allah
- Tahu tentang cara-cara menjaga agama dan akidahnya
* Bermulanya Ilmu tauhid pada zaman Abbasiyah :- Jajahan luas ke Rom dan Parsi ( banyak berlaku perselisihan dan kepercayaan yang salah)
Sebab munculnya perkembangan ilmu tauhid :
Pertama : Sebab dalaman
- Al-Quran didalam seruannya kepada tauhid membentangkan aliran-aliran dan agama-agama yang bertebaran pada zaman Nabi Muhammad, lalu al-Quran menolak perkataan-perkataan mereka. Secara tabi'i para ulama' telah mengikut cara al-Quran di dalam menolak mereka yang bertentanagan, dimana apabila penentang memperbaharui cara, maka kaum muslimin juga memperbaharui cara manolaknya.
- Pada Zaman pemerintahan Bani Umaiyah, hampi-hampir keseluruhan umat islam di dalam keimanan yang bersih dari sebarang pertikaian danperdebatan. Dan apabila kaum muslimin selesai melakukan pembukaan negeri dan kedududkannya telahpun mantap, mereka beralih tumpuan kepada pembahasan sehingga menyebabkan berlaku perselisihan pendapat di kalangan mereka.
- Perselisihan di dalam masalah politik menjadi sebab di dalam perselisihan mereka mengenai soal-soal keagamaan. Jadilah parti-parti politik tersebut sebagai satu aliran keagamaan yang mempunyai pandangannya sendiri. Parti (kelompok) Imam Ali r.a membentuk golongan Syiah dan manakala mereka yang tidak bersetuju dengan Tahkim dari kalangan Syiah telah membentuk kelompok Khawarij. Dan mereka membenci perselisihan yang berlaku di kalangan umat Islam telah membentuk golongan Murji'ah.
Kedua : Sebab luaran
- Ramai orang yang memeluk agama Islam selepas pembukaan beberapa negeri adalah terdiri dari penganut agama lain. Kadangkala mereka menzahirkan pemikiran-pemikiran agama lam mereka bersalutkan pakaian agama mereka yang baru (Islam)
- Kelompok-kelompok Islam yang pertama, khususnya Mu'tazilah yang bertujuan mempertahankan dan menolak pendapat yang salah.
- Ahli-ahli Kalam memerlukan falsafah dan mantiq (ilmu logik), hingga memaksa mereka untuk mempelajarinya supaya dapat menolak keraguan-keraguan yang ada di dalam ilmu berkenaan
0 Comment(s)
Hukum Hudud 2@06:17
Hukuman meminum arak
Maksud : Meminum minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak ; mabuk ataupun tidak.
Menurut aspek bahasa, arak ialah sesuatu yang memabukkan. Dalan bahasa Arab pula ia dinamakan sebagai al-khamr iaitu sesuatu yang menutup akal .Hal ini kerana setiap peminum arak itu tertutup kewarasan akalnya iaitu tidak mampu berfikir dengan sempurna.
Dari aspek istilah pula , arak ialah setiap minuman yang memabukkan hasil daripada perahan buah-buahan. Namun menurut Hanafi hanya perahan buah anggur dan tamar sahaja yang dikira sebagai arak. Menurut takrifan semasa pula, arak ialah suatu minuman yang mengandungi alkohol (etanol) yang memabukkan yang dihasilkan oleh sel-sel yis yang bertindak ke atas karbohidrat yang terdapat dalam buah-buahan dan biji-bijian.Dalil pengharaman arak
Pengharaman arak sabit melalui dalil-dalil Al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijma’. Dalil al-Quran sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Maidah ayat 90-91 iaitu :-
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak,judi,pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
Dalil Sunnah pula ialah sabda Rasulullah S.A.W sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah :-
كل مسكر خمر و كل خمر حرم
Setiap yang memabukkan itu adalah arak dan setiap arak itu adalah haram.
Jumhur ulama’ juga telah bersepakat (ijma’) tentang sabitnya pengharaman arak ini .Syarat-syarat dijatuhkan hukuman
- Berakal- Orang gila tidak disabitkan dengan kesalahan ini
- Baligh- Kanak-kanak tidak disabitkan
- Muslim
- Pilihan sendiri- Bukan dipaksa untuk meminumnya
- Bukan dalam situasi darurat yang mengharuskannya meminum arak tersebut
- Tahu bahawa minuman yang diminum itu arak
- Arak itu haram menurut pandangan mazhabnya
Menurut jumhur sebanyak 80kali sebatan. Berdasarkan kata-kata Saidina Ali yang bermaksud :
Apabila dia minum, dia akan mabuk dan apabila dia mabuk dia akan merapu, apabila dia merapu maka dia akan berdusta maka sebatlah pendusta itu sebanyak 80 kali sebatan.
Menurut Safiyyah pula sebanyak 40kali sebatan. Hal ini kerana Nabi tidak menentukannya secara tetap pada awalnya. Baginda menyebat peminum arak secara tidak tetap. Maka mereka menetapkannya sebanyak 40kali sebatan. Seperti hadis riwayat Abu Hurairah: Anas juga meriwayatkan bahawa :
Bahawasanya Rasulullah memukul peminum arak dengan pelepah tamar dan kasut dan Abu Bakar pula menyebat sebanyak 40 kali sebatan.
Saidina Ali juga berkata bahawa : “ Nabi Muhammad telah mendera sebanyak 40 kali, Abu Bakar juga 40 kali dan Umar pula 80 kali, kesemuanya adalah sunnah dan ini (40) lebih saya sukai ”.
Pensabitan minum arak
- Pengakuan- Iaitu peminum arak itu sendiri yang membuat pengakuan bahawa dia telah meminum arak.
- Penyaksian- Dua lelaki muslim yang adil.
- Ulama' juga telah berselisih pendapat sama ada bau arak itu boleh dijadikan sebagai bukti untuk mensabitkan bahwa seseorang itu telah meminum arak. Menutut mazhab Maliki,wajib dikenakan had selepas 2 orang saksi tersebut tercium bau arak. Hal ini berdasarkan perbuatan Ibnu Mas'ud yang telah menyebat lelaki yang ada bau arak di mulutnya.
0 Comment(s)
Hukum Hudud Thursday, 6 December 2012@22:30
Pengenalan hudud
0 Comment(s)
Maksud
Bahasa : Halang dan menegah
Istilah : Balasan yang dijatuhkan mengikut syariat Islam kepada sesiapa yang melakukan jenayah yang ditegah Allah
Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Al-Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah dan Rasulnya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.
Hikmah disyariatkan hudud
Dalil Al-Quran
Maksud : Melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara'
Hukuman menuduh zina ( Qazaf )
Maksud : Membuat tuduhan zina keatas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunan dan tuduhannya
tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi
Hukum : Haram kerana ia dosa besar
Hukuman kepada penuduh : 80 Sebatan
Syarat untuk menjatuhkan hukuman kepada penuduh
Syarat untuk menjatuhkan hukuman kepada orang yang dituduh
- Dapat menjaga diri manusia dan hartanya
- Kerana akibat melakukan jenayah
- Mencapai keselamatan dan kestabilan dalam hati masyarakat
Dalil Al-Quran
Firman Allah S.W.T yang bermaksud
" Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim" (surah Al-Baqarah : 229 )
Hukuman Zina
Maksud : Melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara'
Hukum : Haram
Dalil Al-Quran :
Hukuman terhadap pesalah zina
"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk" (surah An-Nur : 2)
"Dan orang yang menjaga kemaluannya kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba mereka, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tidak tercela. Sesiapa yang mencari selain itu, maka mereka itulah orang yang melampaui batas" (surah Al-Israk : 32 )
Sabda Rasullulah : "Umatku akan sentiasa baik selagi belum lahir anak zina di kalangan mereka. Jika anak zina sudah tersebar di kalangan mereka, maka aku bimbang Allah akan menimpakan azab-Nya kepada mereka"
Hukuman terhadap pesalah zina
- Sudah berkahwin : Direjam dengan batu sehingga mati
- Belum berkahwin : Disebat sebanyak 100 kali sebatan
- Dengan menundukkan pandangan " Rasulullah bersabda: Tundukkanlah pandanganmu "
- Mengelakkan berdua-duaan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram
- Menggalakkan perkahwinan terhadap mereka yang mampu
- Menanamkan perasaan malu dan kesucian dalam diri lelaki dan wanita
Hukuman menuduh zina ( Qazaf )
Maksud : Membuat tuduhan zina keatas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunan dan tuduhannya
tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi
Hukum : Haram kerana ia dosa besar
Hukuman kepada penuduh : 80 Sebatan
Firman Allah S.W.T:
"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa 4 orang saksi, maka sebatlah mereka dengan 80 kali sebatan dan janganlah kamu menerima penyaksiannya itu selama-lamanya, kerana mereka itulah orang-orang yang fasik"( Surah An-Nur : 4)
Syarat untuk menjatuhkan hukuman kepada penuduh
- Berakal
- Baligh
- Tidak dipaksa
Syarat untuk menjatuhkan hukuman kepada orang yang dituduh
- Berakal
- Baligh
- Dikenali sebagai orang yang beribadah
*Sekiranya orang yang dituduh itu memang sudah jahat dan tidak melakukan perintah Allah yang lainnya , hukuman tidak akan dijatuhkan
Syarat gugurnya hukuman keatas penuduh
- Terdapat empat orang saksi yang melihat perbuatan zina tersebut
- Orang yang dituduh memaafkan penuduh
- Sumpahan orang yang dituduh bahawa dia memang melakukan zina
Bersambung .....
0 Comment(s)
About Me.jpg)
Bual bicara
Syukran Jazilan