profile Forum entries credits +follow Dashboard








Sifat Allah
Tuesday 11 December 2012@05:27

Sifat Allah terbahagi kepada empat :
  1. Sifat Nafsiah - iaitu dari zat itu sendiri, bukan sifat yang menumpang pada zat itu. Sifat ini dikatakan Nafsiah kerana tidak menunjukkan makna yang menumpang pada diri zat. Contohnya, wujud
  2. Sifat Salbiah - Iaitu menanggalkan,menolak ataupun menafikan. Maksud salbiah dalam hal ini iaitu menolak sifat-sifat yang tidak layak bagi Allah. Contohnya, Baqa' sehingga wahdaniyyah
  3. Sifat Ma'ani - Sifat yang maujud atau ada yang berdiri pada zat Allah yang menyebabkan zat itu bersifat dengan suatu hukum sifat Ma'nawiyah. Contohnya, Qudrah sehingga Kalam
  4. Sifat Ma'nawiyah - iaitu suatu perkara yang sabit atau yang tetap bagi Zat Allah bersifat dengan sifat Ma'ani. Dianta sifat Ma'nawiyah dengan Sifat Ma'ani tidak terpisahkan.
Sifat yang Wajib bagi Allah

1. Sifat Wujud : Ada
             
                  Allah wajib memiliki sifat wujud ertinya Allah itu wajib ada. Allah adalah sebagai zat yang Wajibul Wujud ertinya Zat yang wajib adanya. Wujudnya Allah tidak diragukan lagi kerana adanya Allah dapat dibuktikan dengan dalil Al-quran dan Hadith dan dapat dibuktikan dengan akal.
             
 Allah tidak ada yang menjadikannya dan tidak pula Allah menjadikan diri-Nya sendiri. Adanya Allah tidak didahului dengan tiada dan tidak diakhiri dengan tiada. Dan mustahil Allah itu tiada. 
              
Wajib pada Syara' atas tiap-tiap mukalah mengetahui serta mengaku didalam hatinya akan tentu sungguh ada Allah dan tidak terima Adam ( tidak ada ). Pengakuan didalam hati dengan tantu ada sungguh Allah itulah dinamakan wajib pada aqal. Dan pengakuan tentu tidak, tiada Allah itulah dinamakan mustahil.

2. Sifat Qidam : Sedia

                Qidam ertinya sedia,iaitu adanya Allah tidak dengan permulaan dan mustahil bagi Allah kalau berpermulaan. Sebab jika Allah berpermulaan bererti ada yang menjadikan dan jika sesuatu itu ada yang menjadikan maka sudah tentu itu bukan tuhan. Allah tidak bernak dan diperanakkan kerana Allah yang awal dan yang akhir. 
                
Qidamnya Allah atau Allah itu dahulu atau sedia, ertinya adanya Allah itu tidak bermula dan tidak berakhiran itu bermaksud tiada kesudahan bagi Allah. Adanya Allah jelas dan nyata dan menguasai atas segala yang batin atau mengetahui segala yang tersembunyi. Zatnya tidak dapat disaksikan dengan mata begitu juga akal dan hati tidak mapu untuk mengetahui tentang-Nya.
                 
Sifat Qidam merupakan Sifat Salbiah, iaitu menafikan atau menolak sifat yang berlawanan dengannya. Jika sudah terang dan nyata Allah bersifat Qidam ertinya berpermulaan, bererti sifat Qidam  itu sendiri menafikan sifat yang melawan dengannya, iaitu sifat Hudus atau baharu, Adanya Allah sudah tentu semenjak dari zaman Azali lagi iaitu sebelum segala sesuatu itu ada. Setiap insan wajib mengimani tentang kewujudan Allah itu tidak berpermulaan dan tidak pula akan berakhir.
Wajib pada syara' atas tiap-tiap mukalaf itu mengetahui serta mengaku didalam hatinya akan tentu sungguh Sedianya Allah dan tidak terima Huduth. Permulaan didalam hati dengan tentu sungguh Allah bersifat Sedia itulah dinamakan dai wajib pada aqal, dan pengakuan didalam hati dengan tentu tidak baharu itulah dinamakan dia mustahil pada aqal

3. Sifat Baqa' : Kekal

               Allah wajib mempunyai sifat Baqa', ertinya kekal ataupun tidak berkesudahan, wujud Allah kekal untuk selama-lamanya, tidak ada batasan waktu ataupun masa. Orang yang beriman kepada Allah menyakini bahawa yang menciptakannya itu kekal tanpa kesudahan, begitu juga harus dipercayai oleh setiap insan bahawasanya kehidupanmakhluk akan berakhir dengan kebinasaan dan kehancuran dan akan ia kembali kepada Allah yang Maha Kekal.

Dengan mempercayai akan Allah mempunyai sifat Baqa', ianya akan menguatkan keyakinan tentang adanya kehidupan di akhirat, sebagai meneruskan kehidupan di atas dunia yang fana ini. Kerana masih ada Pencipta Yang Maha Baqa' yang mengaturkan tentang kehidupan di akhirat kelak.

Wajib pada syara' atas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku didalam hati akan tentu sungguh Allah kekal dan tidak menerima Fana' (binasa). Pengakuan didalam hati dengan tentu sungguh Allah bersifat Baqa' itulah dikatakan wajib pada aqal, dan pengakuan tentu didalam hati akan binasa Allah itu mustahil pada aqal.


                  

Labels:


2 Comment(s)


© Copyright http://ernamadina267.blogspot.com ™ 2012.