profile Forum entries credits +follow Dashboard








Pengenalan ilmu tauhid
Saturday 8 December 2012@22:58


Maksud :
Ilmu tauhid secara umumnya ialah ilmu yang membicarakan tentang cara-cara menetapkan aqidah agama dengan menggunakan dalil-dalil yang menyakinkan seperti dalil naqli dan dalil aqli.

Bidang perbahasan Ilmu tauhid :

  1. Beriman kepada Allah S.W.T : Mempercayai apa yang wajib, mustahil dan harus pada zat Allah
  2. Beriman kepada Nabi : Mempercayai apa yang wajib, mustahil danharus pada hak-hak rasul
  3. Beriman dengan perkara Ghaib : Kewajipan beriman dengannya


Faedah Ilmu Tauhid :

  1. Mengukuhkan dali-dali tentang keesaan Allah
  2. Mengukuhkan dalil-dalil tentang kebenaran utusan rasul keatasnya sesungguhnya Islam adalah agama yang benar
  3. Menjadi dalil sesungguhnya Islam adalah agama yang diredhai Allah
  4. Tahu tentang cara-cara menjaga agama dan akidahnya
* Bermulanya Ilmu tauhid pada zaman Abbasiyah :- Jajahan luas ke Rom dan Parsi ( banyak berlaku perselisihan dan kepercayaan yang salah)

Sebab munculnya perkembangan ilmu tauhid :
Pertama : Sebab dalaman
  1. Al-Quran didalam seruannya kepada tauhid membentangkan aliran-aliran dan agama-agama yang bertebaran pada zaman Nabi Muhammad, lalu al-Quran menolak perkataan-perkataan mereka. Secara tabi'i para ulama' telah mengikut cara al-Quran di dalam menolak mereka yang bertentanagan, dimana apabila penentang memperbaharui cara, maka kaum muslimin juga memperbaharui cara manolaknya.
  2. Pada Zaman pemerintahan Bani Umaiyah, hampi-hampir keseluruhan umat islam di dalam keimanan yang bersih dari sebarang pertikaian danperdebatan. Dan apabila kaum muslimin selesai melakukan pembukaan negeri dan kedududkannya telahpun mantap, mereka beralih tumpuan kepada pembahasan sehingga menyebabkan berlaku perselisihan pendapat di kalangan mereka.
  3. Perselisihan di dalam masalah politik menjadi sebab di dalam perselisihan mereka mengenai soal-soal keagamaan. Jadilah parti-parti politik tersebut sebagai satu aliran keagamaan yang mempunyai pandangannya sendiri. Parti (kelompok) Imam Ali r.a membentuk golongan Syiah dan manakala mereka yang tidak bersetuju dengan Tahkim dari kalangan Syiah telah membentuk kelompok Khawarij. Dan mereka membenci perselisihan yang berlaku di kalangan umat Islam telah membentuk golongan Murji'ah.
Kedua : Sebab luaran
  1. Ramai orang yang memeluk agama Islam selepas pembukaan beberapa negeri adalah terdiri dari penganut agama lain. Kadangkala mereka menzahirkan pemikiran-pemikiran agama lam mereka bersalutkan pakaian agama mereka yang baru (Islam)
  2. Kelompok-kelompok Islam yang pertama, khususnya Mu'tazilah yang bertujuan mempertahankan dan menolak pendapat yang salah.
  3. Ahli-ahli Kalam memerlukan falsafah dan mantiq (ilmu logik), hingga memaksa mereka untuk mempelajarinya supaya dapat menolak keraguan-keraguan yang ada di dalam ilmu berkenaan


0 Comment(s)


© Copyright http://ernamadina267.blogspot.com ™ 2012.