profile Forum entries credits +follow Dashboard








Hukum Hudud
Thursday 6 December 2012@22:30
Pengenalan hudud

Maksud
Bahasa : Halang dan menegah
Istilah : Balasan yang dijatuhkan mengikut syariat Islam kepada sesiapa yang melakukan jenayah yang ditegah Allah

Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Al-Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah dan Rasulnya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.
Hikmah disyariatkan hudud

  • Dapat menjaga diri manusia dan hartanya
  • Kerana akibat melakukan jenayah
  • Mencapai keselamatan dan kestabilan dalam hati masyarakat

Dalil Al-Quran

Firman Allah S.W.T yang bermaksud 
" Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim" (surah   Al-Baqarah : 229 )


Hukuman Zina

 Maksud : Melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara'
 Hukum : Haram
 Dalil Al-Quran :

"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk" (surah An-Nur : 2)
"Dan orang yang menjaga kemaluannya kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba mereka, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tidak tercela. Sesiapa yang mencari selain itu, maka mereka itulah orang yang melampaui batas" (surah Al-Israk : 32 )
Sabda Rasullulah : "Umatku akan sentiasa baik selagi belum lahir anak zina di kalangan mereka. Jika anak zina sudah tersebar di kalangan mereka, maka aku bimbang Allah akan menimpakan azab-Nya kepada mereka" 

Hukuman terhadap pesalah zina

  1. Sudah berkahwin : Direjam dengan batu sehingga mati
  2. Belum berkahwin : Disebat sebanyak 100 kali sebatan
Cara mengelakkan zina :

  1. Dengan menundukkan pandangan " Rasulullah bersabda: Tundukkanlah pandanganmu "
  2. Mengelakkan berdua-duaan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram
  3. Menggalakkan perkahwinan terhadap mereka yang mampu
  4. Menanamkan perasaan malu dan kesucian dalam diri lelaki dan wanita

 Hukuman menuduh zina ( Qazaf ) 

 Maksud : Membuat tuduhan zina keatas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunan dan tuduhannya  
                tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi
 Hukum : Haram kerana ia dosa besar
 Hukuman kepada penuduh : 80 Sebatan

Firman Allah S.W.T:
"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa 4 orang saksi, maka sebatlah mereka dengan 80 kali sebatan dan janganlah kamu menerima penyaksiannya itu selama-lamanya, kerana mereka itulah orang-orang yang fasik"( Surah An-Nur : 4)

Syarat untuk menjatuhkan hukuman kepada penuduh
  1.  Berakal
  2. Baligh
  3. Tidak dipaksa


Syarat untuk menjatuhkan hukuman kepada orang yang dituduh
  1. Berakal
  2. Baligh
  3. Dikenali sebagai orang yang beribadah
*Sekiranya orang yang dituduh itu memang sudah jahat dan tidak melakukan perintah Allah yang lainnya , hukuman tidak akan dijatuhkan

Syarat gugurnya hukuman keatas penuduh 
  1. Terdapat empat orang saksi yang melihat perbuatan zina tersebut
  2. Orang yang dituduh memaafkan penuduh
  3. Sumpahan orang yang dituduh bahawa dia memang melakukan zina

Bersambung .....


0 Comment(s)


© Copyright http://ernamadina267.blogspot.com ™ 2012.