profile Forum entries credits +follow Dashboard








Hukum Hudud 2
Saturday 8 December 2012@06:17

Hukuman meminum arak

Maksud : Meminum minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak ; mabuk ataupun tidak.

Menurut aspek bahasa, arak ialah sesuatu yang memabukkan. Dalan bahasa Arab pula ia dinamakan sebagai al-khamr iaitu sesuatu yang menutup akal .Hal ini kerana setiap peminum arak itu tertutup kewarasan akalnya iaitu tidak mampu berfikir dengan sempurna.

Dari aspek istilah pula , arak ialah setiap minuman yang memabukkan hasil daripada perahan buah-buahan. Namun menurut Hanafi hanya perahan buah anggur dan tamar sahaja yang dikira sebagai arak. Menurut takrifan semasa pula, arak ialah suatu minuman yang mengandungi alkohol (etanol) yang memabukkan yang dihasilkan oleh sel-sel yis yang bertindak ke atas karbohidrat yang terdapat dalam buah-buahan dan biji-bijian.
Dalil pengharaman arak 


Pengharaman arak sabit melalui dalil-dalil Al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijma’. Dalil al-Quran sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Maidah ayat 90-91 iaitu :-
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak,judi,pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
Dalil Sunnah pula ialah sabda Rasulullah S.A.W sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah :-
كل مسكر خمر و كل خمر حرم
Setiap yang memabukkan itu adalah arak dan setiap arak itu adalah haram.
Jumhur ulama’ juga telah bersepakat (ijma’) tentang sabitnya pengharaman arak ini .

 Syarat-syarat dijatuhkan hukuman
  1. Berakal- Orang gila tidak disabitkan dengan kesalahan ini
  2. Baligh- Kanak-kanak tidak disabitkan
  3. Muslim
  4. Pilihan sendiri- Bukan dipaksa untuk meminumnya
  5. Bukan dalam situasi darurat yang mengharuskannya meminum arak tersebut
  6. Tahu bahawa minuman yang diminum itu arak
  7. Arak itu haram menurut pandangan mazhabnya
Hukuman meminum arak 

Menurut jumhur sebanyak 80kali sebatan. Berdasarkan kata-kata Saidina Ali yang bermaksud : 
Apabila dia minum, dia akan mabuk dan apabila dia mabuk dia akan merapu, apabila dia merapu maka dia akan berdusta maka sebatlah pendusta itu sebanyak 80 kali sebatan.

Menurut Safiyyah pula sebanyak 40kali sebatan. Hal ini kerana Nabi tidak menentukannya secara tetap pada awalnya. Baginda menyebat peminum arak secara tidak tetap. Maka mereka menetapkannya sebanyak 40kali sebatan. Seperti hadis riwayat Abu Hurairah: Anas juga meriwayatkan bahawa :
Bahawasanya Rasulullah memukul peminum arak dengan pelepah tamar dan kasut dan Abu Bakar pula menyebat sebanyak 40 kali sebatan.

Saidina Ali juga berkata bahawa :  “ Nabi Muhammad telah mendera sebanyak 40 kali, Abu Bakar juga 40 kali dan Umar pula 80 kali, kesemuanya adalah sunnah dan ini (40) lebih saya sukai ”.

Pensabitan minum arak
  1. Pengakuan- Iaitu peminum arak itu sendiri yang membuat pengakuan bahawa dia telah meminum arak.
  2. Penyaksian- Dua lelaki muslim yang adil.
  3. Ulama' juga telah berselisih pendapat sama ada bau arak itu boleh dijadikan sebagai bukti untuk mensabitkan bahwa seseorang itu telah meminum arak. Menutut mazhab Maliki,wajib dikenakan had selepas 2 orang saksi tersebut tercium bau arak. Hal ini berdasarkan perbuatan Ibnu Mas'ud yang telah menyebat lelaki yang ada bau arak di mulutnya.



0 Comment(s)


© Copyright http://ernamadina267.blogspot.com ™ 2012.