profile Forum entries credits +follow Dashboard








SIFAT ALLAH 2
Wednesday, 26 December 2012@07:20

4. Sifat Mukhalafatuhu Lilhawadithi : Berlainan dengan sekali makhluk
         
                 Allah bersifat Mukhalafatuhu Lilhawadith, ertinya Allah berlainan dengan sekalian makhluk. Sudah tentu mustahil bagi Allah menyerupai akan sesuatu. Sebab Allah tidak sama dengan bentuk makhluk ciptaan-Nya, baik makhluk yang bernyawa ataupun tidak bernyawa. Berbeza Zat Allah dengan makhluk ertinya Zat-Nya tidak sama dengan makhluk. Berbezanya sifat-sifat Allah dengan makhluk ciptaan-Nya bermaksudnya, sifat-sifat Allah tidak sama dengan makhluk.

Perbezaan Zat Allah dengan sesuatu yang baharu maksudnya bahawa Zat Allah tidak sama dengan benda lain yang diciptakan-Nya, yang memiliki zat yang baharu. Berbeza sifat Allah dengan sesuatu yang baharu juga tidak sama dengan sifat segala benda selain Allah. Begitu juga dengan perbuatan Allah, tidak sama dengan perbuatan baharu atau segala benda yang ada di alam ini.

Wajib pada Syara' diatas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta i'tiqad dan mengaku putus didalam hati akan tentu sungguh bersalahan Allah bagi segala yang baharu  dan tiada menyamai-nya. Firman Allah : "Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha mendengar lagi Maha Melihat " ( Asy-Syura : 11 )

Dan bersalahan Allah bagi yang baharu dan juga tidak menyamai-Nya itulah dikatakan sifat Mukhalafatuhu Ta'ala Lilhawadith dan makna bersalahan itu tiga perkara : 
  1. Bersalahan pada zat dengan makna Zat Allah bukannya Jirim yang bertempat walaupun dimana tempat dan makhluk itu semuanya jirim yang bertempat. Kalau begitu tidak boleh dikatakan Allah itu bertempat dimana-mana tempat, maka jika didapati didalam Al-Quran atau Hadith barang yang memberi waham menyerupai dan bertempat maka dinamakan ayat itu ayat Mutashabihat dan Hadith Mutashabihat. 
  2. Dan bersalahan sifat itu ialah sifat-sifat Allah itu bukan 'Aradh yang bertangkap pada jirim dan bertempat bernama jirim. Kalau begitu, tidak bolehlah dikatakan Allah berhajat dimana-mana hajat dan sebagainya daripada sifat-sifat yang baharu. Dan bersalahan pada perbuatan itu ialah perbuatan Allah bukan seperti perbuatan yang baharu. Kerana perbuatan Allah menjadikan yang tiada itu ada, dan bukan pula perbuatan Allah itu daripada yang baharu.
  3. Dan dalil yang bersalahan Allah bagi segala yang baharu dan tidak menyamai itu ialah kita fikir, jikalau Allah tidak bersalahan bagi segala yang baharu, nescaya adalah ia menyamai dengan sesuatu yang baharu tentulah ianya baru seperti itu juga dan bathal kerana telah terdahulu bersifat Qadim dengan dalil-dalil yang nyata maka tetaplah Allah bagi segala yang baharu dan tidak menyamainya itulah pengakuan yang sebenar.
5. Sifat Qiyamuhu Binafsihi : Berdiri dengan sendiri-Nya
          
               Qiyamuhu Binafsihi maksudnya berdiri dengan sendiriNya, bahawa Allah bersifat berdiri dengan sendiri bukan bergantung dengan selainNya. Allah tidak bergantung terhadap yang diciptakanNya, sebaliknya sesuatu yang diciptakanNya itu setiap saat selalu berhajat kepada Allah.

Allah tidak berhajat dan berkehendak terhadap sesuatu yang lain, tidak memerlukan bantuan kepada makhluk-makhlukNya. Allah bersifat Qiyamuhu Binafsihi, mustahil jika Allah berhajat dan meminta pertolongan dengan alam yang akan binasa.

Allah maha berkuasa memiliki segala apa yang ada dilangit dan dibumi. Kemudian tidak sukar bagi Allah untuk mengurusi segala sesuatu yang ada di alam ini. Dia Maha Perkasa tidak pula la memerluakan bantuan dalam mengurusi segala ciptaanNya yang banyak itu.

Wajib pada atas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku didalam hati akan tentu sun gguh berdirinya Allah dengan sendirinya, dan tidak berkehendak kepada yang menjadi dan tidak kehendak kepada zat ( Muhtajun Ila Ghairih )

6. Sifat Wahdaniyyah : Allah maha Esa 
         
                 Wahdaniyah ertinya Allah Maha Esa , tidak berbilang-bilang jumlahnya. Esa Allah Ta'ala itu ialah pada ZatNya, sifatNya dan Af'alNya. Allah itu Esa, maka janganlah sekali-kali kita membayangkan atau memikirkan bahawa ada tuhan yang lain selain Allah. Beriman kepada KeEsaan Allah,memudahkan bagi kita untuk beribadah dan berharap kepada Yang Satu.

Disamping kita percaya bahawa Zat Allah itu Esa, kita juga harus yakin bahawa sifat-sifat Allah itu mempunyai nilai yang tidak mengenal batas. Jika dikatakan Allah itu maha Pemurah, maka pemurahnya Allah itu tidak mengenal batasan. Jika Allah itu bersifat Maha Pengampun, maka ampunan Allah itu tidak mengenal batas. Walau betapa besar dosa dan kesalahan seseorang itu, jika Allah menghendaki keampunanNya maka dosa-dosa orang tersebut akan diampuni oleh Allah. 

Dan makna Esa pada zat Allah itu ialah Zat Allah yang tidak bersusun daripada beberapa Zat yang boleh dibilangkan dengan sekurang-kurangnya bilangan dengan baharu, boleh dikerat, dibelah dan dipotong seperti bagi zat yang baharu.

Wajib pada atas tiap-tiap mukalaf mengetahui seta mengaku putus dalam hatinya akan tentu sungguh Allah itu Esa pada Zatnya, SifatNya dan Af'alNya. Dan tidak Ta'addud ( berbilang-bilang )

7. Sifat Qudrat : Allah Maha Kuasa
         
               Qudrat ertinya Allah Maha Berkuasa keatas segala sesuatu. Hanya Allah yang berkuasa sedangkan selain Allah sebenarnya tidak mempunyai kekuatan dan kekuasaan. Kekuasaan Allah mutlak milikNya. Kekuasaan Allah itu bukan datang kemudian tetapi sudah ada semenjak zaman Azali lagi iaitu sebelum adanya sesuatu selain daripada Allah.

Allah menjadikan segala sesuatu yang dikehendakiNya. Firman Allah :
"Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia mengkehendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: " JADILAH", maka jadilah ia" ( Yassin :82 )

Pada sifat Qudrat, Allah Maha Kuasa mengadakan dan menidakkan sesuatu mumkin dan bagi Qudrat itu beberapa takluq ( menurut sifat akan satu pekerjaan lain daripada menuntut di ZatNya ), iaitu beberapa tugas.

Wajib pada syara' diatas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku didalam hatinya akan tentu sungguh ada Tuhan Pekuasa, iaitu Allah Maha Kuasa dan tidak sekali-kali Ajzun ( lemah )

0 Comment(s)


Sifat Allah
Tuesday, 11 December 2012@05:27

Sifat Allah terbahagi kepada empat :
  1. Sifat Nafsiah - iaitu dari zat itu sendiri, bukan sifat yang menumpang pada zat itu. Sifat ini dikatakan Nafsiah kerana tidak menunjukkan makna yang menumpang pada diri zat. Contohnya, wujud
  2. Sifat Salbiah - Iaitu menanggalkan,menolak ataupun menafikan. Maksud salbiah dalam hal ini iaitu menolak sifat-sifat yang tidak layak bagi Allah. Contohnya, Baqa' sehingga wahdaniyyah
  3. Sifat Ma'ani - Sifat yang maujud atau ada yang berdiri pada zat Allah yang menyebabkan zat itu bersifat dengan suatu hukum sifat Ma'nawiyah. Contohnya, Qudrah sehingga Kalam
  4. Sifat Ma'nawiyah - iaitu suatu perkara yang sabit atau yang tetap bagi Zat Allah bersifat dengan sifat Ma'ani. Dianta sifat Ma'nawiyah dengan Sifat Ma'ani tidak terpisahkan.
Sifat yang Wajib bagi Allah

1. Sifat Wujud : Ada
             
                  Allah wajib memiliki sifat wujud ertinya Allah itu wajib ada. Allah adalah sebagai zat yang Wajibul Wujud ertinya Zat yang wajib adanya. Wujudnya Allah tidak diragukan lagi kerana adanya Allah dapat dibuktikan dengan dalil Al-quran dan Hadith dan dapat dibuktikan dengan akal.
             
 Allah tidak ada yang menjadikannya dan tidak pula Allah menjadikan diri-Nya sendiri. Adanya Allah tidak didahului dengan tiada dan tidak diakhiri dengan tiada. Dan mustahil Allah itu tiada. 
              
Wajib pada Syara' atas tiap-tiap mukalah mengetahui serta mengaku didalam hatinya akan tentu sungguh ada Allah dan tidak terima Adam ( tidak ada ). Pengakuan didalam hati dengan tantu ada sungguh Allah itulah dinamakan wajib pada aqal. Dan pengakuan tentu tidak, tiada Allah itulah dinamakan mustahil.

2. Sifat Qidam : Sedia

                Qidam ertinya sedia,iaitu adanya Allah tidak dengan permulaan dan mustahil bagi Allah kalau berpermulaan. Sebab jika Allah berpermulaan bererti ada yang menjadikan dan jika sesuatu itu ada yang menjadikan maka sudah tentu itu bukan tuhan. Allah tidak bernak dan diperanakkan kerana Allah yang awal dan yang akhir. 
                
Qidamnya Allah atau Allah itu dahulu atau sedia, ertinya adanya Allah itu tidak bermula dan tidak berakhiran itu bermaksud tiada kesudahan bagi Allah. Adanya Allah jelas dan nyata dan menguasai atas segala yang batin atau mengetahui segala yang tersembunyi. Zatnya tidak dapat disaksikan dengan mata begitu juga akal dan hati tidak mapu untuk mengetahui tentang-Nya.
                 
Sifat Qidam merupakan Sifat Salbiah, iaitu menafikan atau menolak sifat yang berlawanan dengannya. Jika sudah terang dan nyata Allah bersifat Qidam ertinya berpermulaan, bererti sifat Qidam  itu sendiri menafikan sifat yang melawan dengannya, iaitu sifat Hudus atau baharu, Adanya Allah sudah tentu semenjak dari zaman Azali lagi iaitu sebelum segala sesuatu itu ada. Setiap insan wajib mengimani tentang kewujudan Allah itu tidak berpermulaan dan tidak pula akan berakhir.
Wajib pada syara' atas tiap-tiap mukalaf itu mengetahui serta mengaku didalam hatinya akan tentu sungguh Sedianya Allah dan tidak terima Huduth. Permulaan didalam hati dengan tentu sungguh Allah bersifat Sedia itulah dinamakan dai wajib pada aqal, dan pengakuan didalam hati dengan tentu tidak baharu itulah dinamakan dia mustahil pada aqal

3. Sifat Baqa' : Kekal

               Allah wajib mempunyai sifat Baqa', ertinya kekal ataupun tidak berkesudahan, wujud Allah kekal untuk selama-lamanya, tidak ada batasan waktu ataupun masa. Orang yang beriman kepada Allah menyakini bahawa yang menciptakannya itu kekal tanpa kesudahan, begitu juga harus dipercayai oleh setiap insan bahawasanya kehidupanmakhluk akan berakhir dengan kebinasaan dan kehancuran dan akan ia kembali kepada Allah yang Maha Kekal.

Dengan mempercayai akan Allah mempunyai sifat Baqa', ianya akan menguatkan keyakinan tentang adanya kehidupan di akhirat, sebagai meneruskan kehidupan di atas dunia yang fana ini. Kerana masih ada Pencipta Yang Maha Baqa' yang mengaturkan tentang kehidupan di akhirat kelak.

Wajib pada syara' atas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku didalam hati akan tentu sungguh Allah kekal dan tidak menerima Fana' (binasa). Pengakuan didalam hati dengan tentu sungguh Allah bersifat Baqa' itulah dikatakan wajib pada aqal, dan pengakuan tentu didalam hati akan binasa Allah itu mustahil pada aqal.


                  

Labels:


2 Comment(s)


Iman dan Islam
Saturday, 8 December 2012@23:27

Maksud Iman 
Bahasa : Percaya
Istilah : Ucapan dengan lidahdan kepercayaan yang benar dengan hati danperbuatan dengan anggota.

Takrif Iman menurut istilah syariat Islam ialah seperti yang diucapkan oleh Ali bin Abi Talib yang bermaksud:
'Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota"
Aisyah r.a pula berkata: "Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan danmembernarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota"
Imam Al-Ghazali menghuraikan makna Iman adalah : "Pengakuan dengan lidah(lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun(anggota-anggota)

Maksud Islam
Bahasa : Selamatdan sentosa atau kedamaian. ia bermaksud menyerah diri,tunduk dan patuh
Istilah : Patuh dan menyerah diri kepada Allah dengan penuh kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan.

Definisi Islam juga dapat difahami ketika Jibril datang kepada Rasulullah :
"Ceritakan kepadaku (wahai Muhammad) tentang islam" Rasulullah menjawab: "Engkau mengaku tiada tuhan melainkan Allah, Muhammad adalah hambanya dan pesuruhnya, menunaikan solat, mengeluarkan haji, berpuasa pada bulan ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah bagi yang mampu"

Perbezaan antara Islam dan Iman 

  1. Mazhab ahli sunnah : Islam adalah umum daripada iman tapi Iman adalah khusus dalam Islam.             "Setiap orang beriman itu mukmin, dan tak semua orang mukmin itu beriman"
  2. Mazhab Jumhur Ulama' : Sesungguhnya kefahaman mengenai Iman itu berbeza dengan kefahaman mengenai Islam
  3. Mazhab Mu'tazilah : Tiada perbezaan antara Islam dan Iman
Pandangan mengenai turun naiknya Iman
  1. Pandangan sesetengah Ulama' ( Imam Fakhrurazzi ) : Sesungguhnya iman seseorang itu bertambah nak berkurang dengan adanya amalan. Tetapi tidak bertambah dan berkurang jika tiada amalan
  2. Pandangan Mazhab Jumhur Ulama' : Sesungguhnya Iman seseorang itu bertambah dan berkurang mengikut ketaatan ketika beribadah
* Pandangan yang dipersetujui : Pandangan Jumhur Ulama' bahwa iman itu bertambah dan berkurang.


0 Comment(s)


Pengenalan ilmu tauhid
@22:58


Maksud :
Ilmu tauhid secara umumnya ialah ilmu yang membicarakan tentang cara-cara menetapkan aqidah agama dengan menggunakan dalil-dalil yang menyakinkan seperti dalil naqli dan dalil aqli.

Bidang perbahasan Ilmu tauhid :

  1. Beriman kepada Allah S.W.T : Mempercayai apa yang wajib, mustahil dan harus pada zat Allah
  2. Beriman kepada Nabi : Mempercayai apa yang wajib, mustahil danharus pada hak-hak rasul
  3. Beriman dengan perkara Ghaib : Kewajipan beriman dengannya


Faedah Ilmu Tauhid :

  1. Mengukuhkan dali-dali tentang keesaan Allah
  2. Mengukuhkan dalil-dalil tentang kebenaran utusan rasul keatasnya sesungguhnya Islam adalah agama yang benar
  3. Menjadi dalil sesungguhnya Islam adalah agama yang diredhai Allah
  4. Tahu tentang cara-cara menjaga agama dan akidahnya
* Bermulanya Ilmu tauhid pada zaman Abbasiyah :- Jajahan luas ke Rom dan Parsi ( banyak berlaku perselisihan dan kepercayaan yang salah)

Sebab munculnya perkembangan ilmu tauhid :
Pertama : Sebab dalaman
  1. Al-Quran didalam seruannya kepada tauhid membentangkan aliran-aliran dan agama-agama yang bertebaran pada zaman Nabi Muhammad, lalu al-Quran menolak perkataan-perkataan mereka. Secara tabi'i para ulama' telah mengikut cara al-Quran di dalam menolak mereka yang bertentanagan, dimana apabila penentang memperbaharui cara, maka kaum muslimin juga memperbaharui cara manolaknya.
  2. Pada Zaman pemerintahan Bani Umaiyah, hampi-hampir keseluruhan umat islam di dalam keimanan yang bersih dari sebarang pertikaian danperdebatan. Dan apabila kaum muslimin selesai melakukan pembukaan negeri dan kedududkannya telahpun mantap, mereka beralih tumpuan kepada pembahasan sehingga menyebabkan berlaku perselisihan pendapat di kalangan mereka.
  3. Perselisihan di dalam masalah politik menjadi sebab di dalam perselisihan mereka mengenai soal-soal keagamaan. Jadilah parti-parti politik tersebut sebagai satu aliran keagamaan yang mempunyai pandangannya sendiri. Parti (kelompok) Imam Ali r.a membentuk golongan Syiah dan manakala mereka yang tidak bersetuju dengan Tahkim dari kalangan Syiah telah membentuk kelompok Khawarij. Dan mereka membenci perselisihan yang berlaku di kalangan umat Islam telah membentuk golongan Murji'ah.
Kedua : Sebab luaran
  1. Ramai orang yang memeluk agama Islam selepas pembukaan beberapa negeri adalah terdiri dari penganut agama lain. Kadangkala mereka menzahirkan pemikiran-pemikiran agama lam mereka bersalutkan pakaian agama mereka yang baru (Islam)
  2. Kelompok-kelompok Islam yang pertama, khususnya Mu'tazilah yang bertujuan mempertahankan dan menolak pendapat yang salah.
  3. Ahli-ahli Kalam memerlukan falsafah dan mantiq (ilmu logik), hingga memaksa mereka untuk mempelajarinya supaya dapat menolak keraguan-keraguan yang ada di dalam ilmu berkenaan


0 Comment(s)


Hukum Hudud 2
@06:17

Hukuman meminum arak

Maksud : Meminum minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak ; mabuk ataupun tidak.

Menurut aspek bahasa, arak ialah sesuatu yang memabukkan. Dalan bahasa Arab pula ia dinamakan sebagai al-khamr iaitu sesuatu yang menutup akal .Hal ini kerana setiap peminum arak itu tertutup kewarasan akalnya iaitu tidak mampu berfikir dengan sempurna.

Dari aspek istilah pula , arak ialah setiap minuman yang memabukkan hasil daripada perahan buah-buahan. Namun menurut Hanafi hanya perahan buah anggur dan tamar sahaja yang dikira sebagai arak. Menurut takrifan semasa pula, arak ialah suatu minuman yang mengandungi alkohol (etanol) yang memabukkan yang dihasilkan oleh sel-sel yis yang bertindak ke atas karbohidrat yang terdapat dalam buah-buahan dan biji-bijian.
Dalil pengharaman arak 


Pengharaman arak sabit melalui dalil-dalil Al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijma’. Dalil al-Quran sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Maidah ayat 90-91 iaitu :-
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak,judi,pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
Dalil Sunnah pula ialah sabda Rasulullah S.A.W sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah :-
كل مسكر خمر و كل خمر حرم
Setiap yang memabukkan itu adalah arak dan setiap arak itu adalah haram.
Jumhur ulama’ juga telah bersepakat (ijma’) tentang sabitnya pengharaman arak ini .

 Syarat-syarat dijatuhkan hukuman
  1. Berakal- Orang gila tidak disabitkan dengan kesalahan ini
  2. Baligh- Kanak-kanak tidak disabitkan
  3. Muslim
  4. Pilihan sendiri- Bukan dipaksa untuk meminumnya
  5. Bukan dalam situasi darurat yang mengharuskannya meminum arak tersebut
  6. Tahu bahawa minuman yang diminum itu arak
  7. Arak itu haram menurut pandangan mazhabnya
Hukuman meminum arak 

Menurut jumhur sebanyak 80kali sebatan. Berdasarkan kata-kata Saidina Ali yang bermaksud : 
Apabila dia minum, dia akan mabuk dan apabila dia mabuk dia akan merapu, apabila dia merapu maka dia akan berdusta maka sebatlah pendusta itu sebanyak 80 kali sebatan.

Menurut Safiyyah pula sebanyak 40kali sebatan. Hal ini kerana Nabi tidak menentukannya secara tetap pada awalnya. Baginda menyebat peminum arak secara tidak tetap. Maka mereka menetapkannya sebanyak 40kali sebatan. Seperti hadis riwayat Abu Hurairah: Anas juga meriwayatkan bahawa :
Bahawasanya Rasulullah memukul peminum arak dengan pelepah tamar dan kasut dan Abu Bakar pula menyebat sebanyak 40 kali sebatan.

Saidina Ali juga berkata bahawa :  “ Nabi Muhammad telah mendera sebanyak 40 kali, Abu Bakar juga 40 kali dan Umar pula 80 kali, kesemuanya adalah sunnah dan ini (40) lebih saya sukai ”.

Pensabitan minum arak
  1. Pengakuan- Iaitu peminum arak itu sendiri yang membuat pengakuan bahawa dia telah meminum arak.
  2. Penyaksian- Dua lelaki muslim yang adil.
  3. Ulama' juga telah berselisih pendapat sama ada bau arak itu boleh dijadikan sebagai bukti untuk mensabitkan bahwa seseorang itu telah meminum arak. Menutut mazhab Maliki,wajib dikenakan had selepas 2 orang saksi tersebut tercium bau arak. Hal ini berdasarkan perbuatan Ibnu Mas'ud yang telah menyebat lelaki yang ada bau arak di mulutnya.



0 Comment(s)


Hukum Hudud
Thursday, 6 December 2012@22:30
Pengenalan hudud

Maksud
Bahasa : Halang dan menegah
Istilah : Balasan yang dijatuhkan mengikut syariat Islam kepada sesiapa yang melakukan jenayah yang ditegah Allah

Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Al-Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah dan Rasulnya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.
Hikmah disyariatkan hudud

  • Dapat menjaga diri manusia dan hartanya
  • Kerana akibat melakukan jenayah
  • Mencapai keselamatan dan kestabilan dalam hati masyarakat

Dalil Al-Quran

Firman Allah S.W.T yang bermaksud 
" Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim" (surah   Al-Baqarah : 229 )


Hukuman Zina

 Maksud : Melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara'
 Hukum : Haram
 Dalil Al-Quran :

"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk" (surah An-Nur : 2)
"Dan orang yang menjaga kemaluannya kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba mereka, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tidak tercela. Sesiapa yang mencari selain itu, maka mereka itulah orang yang melampaui batas" (surah Al-Israk : 32 )
Sabda Rasullulah : "Umatku akan sentiasa baik selagi belum lahir anak zina di kalangan mereka. Jika anak zina sudah tersebar di kalangan mereka, maka aku bimbang Allah akan menimpakan azab-Nya kepada mereka" 

Hukuman terhadap pesalah zina

  1. Sudah berkahwin : Direjam dengan batu sehingga mati
  2. Belum berkahwin : Disebat sebanyak 100 kali sebatan
Cara mengelakkan zina :

  1. Dengan menundukkan pandangan " Rasulullah bersabda: Tundukkanlah pandanganmu "
  2. Mengelakkan berdua-duaan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram
  3. Menggalakkan perkahwinan terhadap mereka yang mampu
  4. Menanamkan perasaan malu dan kesucian dalam diri lelaki dan wanita

 Hukuman menuduh zina ( Qazaf ) 

 Maksud : Membuat tuduhan zina keatas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunan dan tuduhannya  
                tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi
 Hukum : Haram kerana ia dosa besar
 Hukuman kepada penuduh : 80 Sebatan

Firman Allah S.W.T:
"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa 4 orang saksi, maka sebatlah mereka dengan 80 kali sebatan dan janganlah kamu menerima penyaksiannya itu selama-lamanya, kerana mereka itulah orang-orang yang fasik"( Surah An-Nur : 4)

Syarat untuk menjatuhkan hukuman kepada penuduh
  1.  Berakal
  2. Baligh
  3. Tidak dipaksa


Syarat untuk menjatuhkan hukuman kepada orang yang dituduh
  1. Berakal
  2. Baligh
  3. Dikenali sebagai orang yang beribadah
*Sekiranya orang yang dituduh itu memang sudah jahat dan tidak melakukan perintah Allah yang lainnya , hukuman tidak akan dijatuhkan

Syarat gugurnya hukuman keatas penuduh 
  1. Terdapat empat orang saksi yang melihat perbuatan zina tersebut
  2. Orang yang dituduh memaafkan penuduh
  3. Sumpahan orang yang dituduh bahawa dia memang melakukan zina

Bersambung .....


0 Comment(s)


طهارة
Wednesday, 5 December 2012@20:06

URGENSI THAHARAH


Hampir dalam setiap kitab fiqh, para fuqaha selalu menyimpan pembahasan thaharah sebagai sesuatu yang dibahas di awal BAB. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya kebersihan atau kesucian dalam Islam. Selain dapat menjaga ummatnya dari berbagai penyakit, thaharah dalam Islam juga berperan sebagai syarat dari sahnya sebuah peribadahan. Seseorang tidak dapat beribadah saat ia memiliki hadats. Ia pun tidak dapat beribadah saat pakaian atau tempat yang akan dilaksanakannya peribadahan terkena najis. Karena urgensinya dalam menegakkan tiang-tiang diin ini, Rasulullah saw. bersabda tentang thaharah, “Ath-Thahuur (suci) itu sebagian daripada Iman.” 

Dalam al-Quran, Allah swt. menegaskan betapa pentingnya thaharah dalam Islam. Allah swt. berfirman:


“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri.” (QS. Al-Baqarah, 2: 222)


“Dan pakaianmu bersihkanlah.” (QS. Al-Muddatstsir, 74: 4)


“Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.” (QS. Asy-Syams, 91: 9-10)


Allah juga berfirman tentang kewajiban berwudhu untuk membersihkan hadats kecil serta mandi untuk membersihkan hadats besar. “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka bersucilah.” (QS. Al-Maa’idah, 5: 6)


Artinya, tidak akan diterima setiap ibadah yang kita lakukan jika tidak dilakukan dalam kondisi badan yang suci dan bersih. Begitulah Islam mengajarkan sebuah sikap yang sangat menjaga kebersihan dan kesucian. Rasulullah, dalam sabdanya yang lain memberikan gambaran bahwa Allah swt. hanya menyukai yang baik-baik. “Sesungguhnya Allah itu thayyib dan tidak menerima sesuatu kecuali yang thayyib.” Sebagaimana sabdanya juga “Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan.”


Kebersihan dan kesucian adalah hal yang thayyib yang akan menjadi syarat diterimanya segala sesuatu. Maka dari itu, tidak ada alasan bagi setiap mu’min untuk tidak menjaga kebersihan dan kesucian diri dan lingkungannya. Jika seorang mu’min tidak peduli terhadap kondisi lingkungannya, maka tentulah imannya belum sempurna sebagaimana seorang yang sedang shalat yang kemudian melupakan salah satu dari rukun shalat. Sudah tentu shalatnya tidak diterima. Jangan sampai, keimanan kita tidak diterima oleh Allah swt. dikarenakan kita lalai dalam menjaga kebersihan dan kesucian, baik diri maupun lingkungan kita.



AIR


Air merupakan alat penyuci yang utama dalam thaharah. Syari’at telah menetapkan bahwa selama masih ada air, maka hendaklah kita tidak menggunakan alat yang lain. Karenanya, kita perlu mengetahui jenis air apa saja yang boleh digunakan sebagai penyuci.

Macam-Macam Air
H. Sulaiman Ar Rasyid menyebutkan dalam Fiqh Islam bahwa air, dalam pandangan syari’at terdiri atas beberapa jenis, yaitu:

1. Air yang suci dan menyucikan
Air jenis ini halal untuk diminum serta dapat digunakan untuk bersuci membersihkan hadats dan najis. Air jenis ini adalah seluruh air yang turun dari langit atau keluar dari bumi yang masih tetap keadaannya, seperti air hujan, air laut, air sumur, air es yang mencari (salju yang mencari), air embun, air yang bercampur dengan sesuatu yang suci dan air yang keluar dari mata air. Firman Allah swt: 
“(Ingatlah), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu penenteraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepadamu air dari langit untuk menyucikan kamu dengannya dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan syaithan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguh dengannya telapak kaki(mu).” (QS. Al-Anfaal, 8: 11)


Sabda Rasulullah saw. Dari Abu Hurayrah. Ia berkata: Telah bersabda Rasulullah saw. tentang laut. “Air laut itu suci dan menyucikan. Bangkainya halal dimakan.” (HR. Abu Dawud, Turmudzi, Nasa`i, Ibn Majah, dan Ibn Abi Syaybah, di Shahih-kan oleh Ibn Khuzaymah dan Turmudzi).


Dengan demikian, kita bisa menggunakan jenis air yang sebagaimana disebutkan sebagai penyuci ataupun air minum. Namun, khusus untuk air yang akan dikonsumsi, hendaknya dilakukan uji coba terlebih dahulu untuk mengukur kadar thayyiban-nya. Yaitu ujicoba persentase kandungan mikroba serta mineral dan logam di dalamnya.


2. Air suci, tapi tidak menyucikan
Air dapat berubah hukumnya menjadi tidak menyucikan. Perubahan itu meliputi perubahan sifatnya yang meliputi warna, rasa, dan bau. Jika salah satunya berubah, maka dapat dipastikan bahwa air tersebut tidak dapat digunakan untuk bersuci, walaupun bisa saja kandungan secara dzati masih suci dan halal dikonsumsi. Termasuk jenis air seperti ini adalah:


a) Air yang telah berubah salah satu sifatnya dengan sebab bercampur dengan suatu benda suci seperti air kopi, teh, dan sejenisnya.


b) Air pohon-pohonan atau air buah-buahan, seperti air yang keluar dari tekukan pohon kayu, air kelapa, dan sejenisnya.



c) Air yang kurang dari dua qullah. Walaupun demikian, jika kemutlakannya masih terpelihara, yaitu terjaga warna, rasa, dan baunya, maka menurut Ust. Sayyid Sabiq masih tetap menyucikan. Begitu pun untuk jenis air yang ketiga. ‘Ulama yang mengategorikan air dua qullah sebagai air suci yang tidak menyucikan berpegang pada riwayat ‘Abdullah ibn ‘Umar. Beliau berkata bahwa Rasulullah saw. pernah bersabda, “Apabila air itu dua qullah, maka ia tidak akan mengandung kotoran”. Dalam riwayat yang lain disebutkan “tidak akan menjadi najis”. (HR. Abu Dawud, Turmudzi, Nasa`i, Ibn Majah, dan Ibn Abi Syaybah, di shahih-kan oleh Ibn Khuzaymah dan Turmudzi).

Mereka menafsirkan bahwa air yang kurang dari dua qullah tidak memenuhi syarat yang disebut dalam hadits tersebut, sehingga tidak bisa digunakan untuk bersuci. Namun, apa sebenarnya yang dimaksud dengan air dua qullah..? Menurut madzhab Syafi’i, yang dimaksudkan air dua qullah adalah air yang memenuhi satu tempat yang lebar, panjang, dan dalamnya masing-masing satu seperempat hasta (+/- 60 cm).


Sedangkan fuqaha yang lain berpegang pada pendapat bahwa selama air tersebut belum berubah warna, rasa, atau baunya, maka ia masih boleh digunakan sebagai penyuci. Hal ini dikarenakan bahwa tidak ada satu hadits pun yang menetapkan ukuran dua qullah dengan satu seperempat hasta atau lainnya. Pendapat ini dipegang oleh Imam Ibn Hajjar al-Atsqalani serta beberapa ‘ulama lainnya. Hal ini sesuai dengan hadits yang diriwayatkan oleh Ibn Majah dan Bayhaqi dari Abi Umamah al-Bahili. Ia berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Air itu tidak bisa dinajiskan oleh apapun, kecuali oleh sesuatu yang mengubah bau, rasa, dan warnanya” Bahkan, menurut Ibn Hajjar al-Atsqalani dalam Bulughul Maram, hadits dua qullah di atas ternyata dilemahkan oleh banyak Imam.



Namun, jikapun kita berpegang pada hadits ini, maka yang paling kuat adalah menetapkan makna dua qullah sebagai jumlah air tidak mengalir yang masih belum berubah warna, rasa, dan baunya. Apabila air tersebut telah berubah warna, rasa, dan baunya, maka hendaklah kita tidak menggunakannya sebagai penyuci walaupun jumlahnya lebih dari ukuran satu seperempat hasta. Sebaliknya, jika air tersebut masih belum berubah, baik warna, rasa, serta baunya, dapat kita gunakan sebagai penyuci walaupun jumlahnya tidak memenuhi satu seperempat hasta. Karena, sebagai penegas, bahwa tidak ada satu hadits pun yang menetapkan ukuran dua qullah.


Lalu bagaimana pendapat sebagian ‘ulama tentang tidak bolehnya kita menggunakan air telah terpakai atau digunakan untuk bersuci. Mereka berpendapat bahwa air tersebut adalah air musta’mal yang tidak dapat digunakan lagi untuk bersuci. Jawaban untuk pertanyaan ini adalah sebagaimana penjelasan air dua qullah di atas. Selama masih belum berubah warna, rasa, dan baunya, maka dapat digunakan untuk bersuci. Artinya, air musta’mal tetap suci lagi menyucikan.



Hal ini juga ditegaskan dengan hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, dari Ibn ‘Abbas, bahwa Rasulullah saw. pernah mandi dengan (air) sisa (mandi) Maymunah. Dalam riwayat yang lain juga disebutkan bahwa Rasulullah saw. biasa berwudhu dalam sebuah bejana dengan mencelupkan tangannya ke dalam bejana, sedangkan bejana tersebut juga dipakai wudhu oleh keluarganya dengan cara yang sama dengan yang beliau saw. lakukan. Wallahu a’lam.


3. Air yang bernajis
Air bernajis yaitu air yang telah berubah, baik warna, rasa, dan baunya disebabkan oleh adanya najis yang mengenainya. Hukum air ini tidak bisa digunakan, baik sebagai penyuci ataupun untuk dikonsumsi. Baik jumlahnya sedikit ataupun banyak, berdasarkan kesepakatan kita pada pembahasan dua qullah di atas. Namun, jika perubahannya bukan karena sesuatu yang najis, maka hukum air tersebut adalah tetap suci tapi tidak menyucikan.
Perubahan warna, rasa, dan bau yang disebabkan oleh benda najis tidak akan membuat air itu menjadi najis, apabila air tersebut adalah air mengalir. Hal ini berdasar atas hadits, “Air laut itu suci lagi menyucikan”. Wallahu a’lam.


4. Air Sisa Minum (asy-syu’ar)
Air sisa minuman yaitu air yang masih terdapat dalam wadah/ bejana setelah diminum. Hukum dari sisa air tersebut akan sangat bergantung kepada siapa yang meminumnya. Air sisa minum manusia, baik mu’min maupun kafir, dalam keadaan junub, haid, atau nifas, maka hukumnya tetap suci dan menyucikan selama kemutlakannya terjaga. Begitu pun dengan sisa binatang yang halal dagingnya. Abu Bakr Ibn Mundzir mengatakan, “Para ‘ulama berijma’ bahwa sisa minuman binatang yang halal dagingnya boleh diminum dan dipakai untuk berwudhu.”


Sisa minuman bagal, keledai, dan binatang buas juga suci dan menyucikan, berdasarkan hadits dari Jabir ra. bahwa Nabi saw. pernah ditanya tentang bolehkah berwudhu dengan sisa minuman keledai, beliau saw. menjawab, “Boleh..!”. Demikian pula dengan sisa minuman semua binatang buas. (HR. Syafi’i, Daruquthni, dan Bayhaqi). Hal yang sama berlaku bagi minuman sisa kucing. Rasulullah saw. pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia termasuk binatang yang berkeliling dalam lingkunganmu.” (HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Turmudzi, dan Nasa’i).


Adapun sisa minuman Anjing, maka hal tersebut adalah najis yang harus dijauhi. Dari Abu Hurayrah ra., Rasulullah saw. bersabda, “Bila anjing minum pada bejana salah seorang di antara kamu, hendaklah tempat bekas minumnya dicuci sebanyak tujuh kali.” (HR. Bukhari – Muslim).
Dalam riwayat Ahmad ditambah, “dan cucian yang pertama mestilah dengan tanah.” Begitu pun dengan Babi, air sisa minumnya adalah najis karena kotor, menjijikan, dan berdasarkan nash-nash al-Quran yang sudah jelas.


DEBU


Dari Jabir ra., bahwasanya Nabi saw. bersabda, “Aku diberi lima perkara yang tidak diberikan kepada orang sebelumku: Aku diberi kemenangan dari perjalanan sebulan, dan dijadikan bumi itu sebagai tempat shalat dan penyuci; …” (Muttafaq ‘Alayh). Diriwayatkan oleh Muslim dari Hudzayfah, “…dan dijadikan tanah itu penyuci bagi kita apabila kita tidak mendapatkan air”. Diriwayatkan oleh Ahmad dari ‘Ali ibn Abi Thalib, “…dan dijadikan tanah bagiku sebagai penyuci”. Tanah atau debu merupakan alat penyuci selain air. Saat air tidak ditemukan, maka debu bisa digunakan. Proses penyucian hadats dengan menggunakan debu disebut tayammum.


Tayammum berlaku untuk membersihkan hadats kecil atau besar dan hanya digunakan untuk melaksanakan ibadah saja. Artinya, setelah ibadah tersebut selesai dilaksanakan, maka secara hakiki hadatsnya belum dibersihkan sepenuhnya hingga ditemukannya air. Jika air belum ditemukan hingga akan melaksanakan ibadah lagi, maka tayammum kembali dilakukan untuk memenuhi syarat pelaksanaan ibadah tersebut.


Walaupun demikian, sebagian ‘ulama berpendapat bahwa penyucian hadats dengan debu sama derajatnya dengan penyucian hadats yang menggunakan air. Artinya, hadats tersebut secara hakiki benar-benar telah bersih sehingga dapat beribadah tanpa harus mengulang tayammum untuk setiap ibadah. Golongan ini berbeda pendapat saat telah menemukan air. Pendapat pertama mengemukakan bahwa seseorang yang telah bertayammum harus mengulang penyuciannya dengan air saat telah menemukan air, sedangkan pendapat kedua tidak apa untuk tidak mengulangnya, karena dirinya telah suci, kecuali jika dirinya kembali berhadats, maka harus menggunakan air. Wallahu a’lam.


Dalam sebuah riwayat disebutkan pula bahwa debu pun bisa membersihkan najis. Bahkan untuk menghilangkan najis yang berat, sesuatu harus dicuci tujuh kali dengan satu kali penyucian menggunakan debu. Rasulullah saw. bersabda, “Bersihnya bejana seorang di antara kalian yang airnya telah dijilat anjing adalah setelah ia dicuci tujuh kali, yang pertamanya dicampur dengan tanah.” (HR. Muslim).


Dalam riwayat yang lain, dari Ibn ‘Umar, beliau berkata : “Rasulullah saw bersabda: “Barang siapa menjulurkan pakaiannya (di tanah), Allah tidak akan melihatnya pada hari kiamat”. Ummu Salamah bertanya : “Apa yang harus dilakukan para wanita dengan ujung-ujung baju mereka?”, Rasulullah menjawab: “Mereka menurunkannya (di bawah mata kaki) hingga sejengkal”. “Kalau begitu akan tersingkap kaki-kaki mereka”, jelas Ummu Salamah. Rasulullah saw. berkata (lagi): “Mereka turunkan hingga sehasta dan jangan melebihi kadar tersebut”. Ummu Salamah berkata lagi: “Bagaimana jika terkena najis?” Rasulullah saw. menjawab: “Sapuan yang kedua adalah penyucinya.” Maksudnya adalah pada saat kain yang menjulur itu mengenai najis yang ada di tanah, maka sesungguhnya najis itu telah dibersihkan oleh debu-debu yang juga menyapu kain tersebut.


Kita lihat bagaimana Rasulullah saw. memberikan rukhshah bagi para wanita untuk mengenakan pakaian hingga satu hasta di bawah mata kaki, karena memang demikianlah yang diperintahkan oleh Allah swt., yaitu menutup aurat dengan sempurna. Sedangkan lebih dari satu hasta merupakan perbuatan yang berlebih-lebihan dan tidak ada faedahnya sama sekali.


Sama halnya dengan orang lelaki, tidak ada faedahnya untuk menjulurkan pakaiannya hingga menyentuh tanah. Walaupun sapuan kedua merupakan penyucinya, namun hal ini tidak berlaku bagi orang lelaki. Sabda Rasulullah saw., “Dan janganlah engkau meremehkan kebaikan sekecil apapun. Engkau berbicara dengan saudaramu sambil bermuka manis juga merupakan kebaikan. Angkatlah sarungmu hingga tengah betis. Jika engkau enggan maka hingga kedua mata kaki. Waspadalah engkau dari isbal karena sesungguhnya hal itu (isbal) termasuk kesombongan. Dan Allah tidak menyukai kesombongan”. (HR. Ahmad (V/64) no 20655, Abu Dawud (IV/56) no 4084, dan dari jalannya al-Bayhaqi dalam as-Sunan al-Kubra (X/236) no 20882, dan di-shahih-kan oleh Syaikh al-Albani)

0 Comment(s)


© Copyright http://ernamadina267.blogspot.com ™ 2012.