profile Forum entries credits +follow Dashboard








SIFAT ALLAH 2
Wednesday 26 December 2012@07:20

4. Sifat Mukhalafatuhu Lilhawadithi : Berlainan dengan sekali makhluk
         
                 Allah bersifat Mukhalafatuhu Lilhawadith, ertinya Allah berlainan dengan sekalian makhluk. Sudah tentu mustahil bagi Allah menyerupai akan sesuatu. Sebab Allah tidak sama dengan bentuk makhluk ciptaan-Nya, baik makhluk yang bernyawa ataupun tidak bernyawa. Berbeza Zat Allah dengan makhluk ertinya Zat-Nya tidak sama dengan makhluk. Berbezanya sifat-sifat Allah dengan makhluk ciptaan-Nya bermaksudnya, sifat-sifat Allah tidak sama dengan makhluk.

Perbezaan Zat Allah dengan sesuatu yang baharu maksudnya bahawa Zat Allah tidak sama dengan benda lain yang diciptakan-Nya, yang memiliki zat yang baharu. Berbeza sifat Allah dengan sesuatu yang baharu juga tidak sama dengan sifat segala benda selain Allah. Begitu juga dengan perbuatan Allah, tidak sama dengan perbuatan baharu atau segala benda yang ada di alam ini.

Wajib pada Syara' diatas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta i'tiqad dan mengaku putus didalam hati akan tentu sungguh bersalahan Allah bagi segala yang baharu  dan tiada menyamai-nya. Firman Allah : "Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha mendengar lagi Maha Melihat " ( Asy-Syura : 11 )

Dan bersalahan Allah bagi yang baharu dan juga tidak menyamai-Nya itulah dikatakan sifat Mukhalafatuhu Ta'ala Lilhawadith dan makna bersalahan itu tiga perkara : 
  1. Bersalahan pada zat dengan makna Zat Allah bukannya Jirim yang bertempat walaupun dimana tempat dan makhluk itu semuanya jirim yang bertempat. Kalau begitu tidak boleh dikatakan Allah itu bertempat dimana-mana tempat, maka jika didapati didalam Al-Quran atau Hadith barang yang memberi waham menyerupai dan bertempat maka dinamakan ayat itu ayat Mutashabihat dan Hadith Mutashabihat. 
  2. Dan bersalahan sifat itu ialah sifat-sifat Allah itu bukan 'Aradh yang bertangkap pada jirim dan bertempat bernama jirim. Kalau begitu, tidak bolehlah dikatakan Allah berhajat dimana-mana hajat dan sebagainya daripada sifat-sifat yang baharu. Dan bersalahan pada perbuatan itu ialah perbuatan Allah bukan seperti perbuatan yang baharu. Kerana perbuatan Allah menjadikan yang tiada itu ada, dan bukan pula perbuatan Allah itu daripada yang baharu.
  3. Dan dalil yang bersalahan Allah bagi segala yang baharu dan tidak menyamai itu ialah kita fikir, jikalau Allah tidak bersalahan bagi segala yang baharu, nescaya adalah ia menyamai dengan sesuatu yang baharu tentulah ianya baru seperti itu juga dan bathal kerana telah terdahulu bersifat Qadim dengan dalil-dalil yang nyata maka tetaplah Allah bagi segala yang baharu dan tidak menyamainya itulah pengakuan yang sebenar.
5. Sifat Qiyamuhu Binafsihi : Berdiri dengan sendiri-Nya
          
               Qiyamuhu Binafsihi maksudnya berdiri dengan sendiriNya, bahawa Allah bersifat berdiri dengan sendiri bukan bergantung dengan selainNya. Allah tidak bergantung terhadap yang diciptakanNya, sebaliknya sesuatu yang diciptakanNya itu setiap saat selalu berhajat kepada Allah.

Allah tidak berhajat dan berkehendak terhadap sesuatu yang lain, tidak memerlukan bantuan kepada makhluk-makhlukNya. Allah bersifat Qiyamuhu Binafsihi, mustahil jika Allah berhajat dan meminta pertolongan dengan alam yang akan binasa.

Allah maha berkuasa memiliki segala apa yang ada dilangit dan dibumi. Kemudian tidak sukar bagi Allah untuk mengurusi segala sesuatu yang ada di alam ini. Dia Maha Perkasa tidak pula la memerluakan bantuan dalam mengurusi segala ciptaanNya yang banyak itu.

Wajib pada atas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku didalam hati akan tentu sun gguh berdirinya Allah dengan sendirinya, dan tidak berkehendak kepada yang menjadi dan tidak kehendak kepada zat ( Muhtajun Ila Ghairih )

6. Sifat Wahdaniyyah : Allah maha Esa 
         
                 Wahdaniyah ertinya Allah Maha Esa , tidak berbilang-bilang jumlahnya. Esa Allah Ta'ala itu ialah pada ZatNya, sifatNya dan Af'alNya. Allah itu Esa, maka janganlah sekali-kali kita membayangkan atau memikirkan bahawa ada tuhan yang lain selain Allah. Beriman kepada KeEsaan Allah,memudahkan bagi kita untuk beribadah dan berharap kepada Yang Satu.

Disamping kita percaya bahawa Zat Allah itu Esa, kita juga harus yakin bahawa sifat-sifat Allah itu mempunyai nilai yang tidak mengenal batas. Jika dikatakan Allah itu maha Pemurah, maka pemurahnya Allah itu tidak mengenal batasan. Jika Allah itu bersifat Maha Pengampun, maka ampunan Allah itu tidak mengenal batas. Walau betapa besar dosa dan kesalahan seseorang itu, jika Allah menghendaki keampunanNya maka dosa-dosa orang tersebut akan diampuni oleh Allah. 

Dan makna Esa pada zat Allah itu ialah Zat Allah yang tidak bersusun daripada beberapa Zat yang boleh dibilangkan dengan sekurang-kurangnya bilangan dengan baharu, boleh dikerat, dibelah dan dipotong seperti bagi zat yang baharu.

Wajib pada atas tiap-tiap mukalaf mengetahui seta mengaku putus dalam hatinya akan tentu sungguh Allah itu Esa pada Zatnya, SifatNya dan Af'alNya. Dan tidak Ta'addud ( berbilang-bilang )

7. Sifat Qudrat : Allah Maha Kuasa
         
               Qudrat ertinya Allah Maha Berkuasa keatas segala sesuatu. Hanya Allah yang berkuasa sedangkan selain Allah sebenarnya tidak mempunyai kekuatan dan kekuasaan. Kekuasaan Allah mutlak milikNya. Kekuasaan Allah itu bukan datang kemudian tetapi sudah ada semenjak zaman Azali lagi iaitu sebelum adanya sesuatu selain daripada Allah.

Allah menjadikan segala sesuatu yang dikehendakiNya. Firman Allah :
"Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia mengkehendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: " JADILAH", maka jadilah ia" ( Yassin :82 )

Pada sifat Qudrat, Allah Maha Kuasa mengadakan dan menidakkan sesuatu mumkin dan bagi Qudrat itu beberapa takluq ( menurut sifat akan satu pekerjaan lain daripada menuntut di ZatNya ), iaitu beberapa tugas.

Wajib pada syara' diatas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku didalam hatinya akan tentu sungguh ada Tuhan Pekuasa, iaitu Allah Maha Kuasa dan tidak sekali-kali Ajzun ( lemah )

0 Comment(s)


Sifat Allah
Tuesday 11 December 2012@05:27

Sifat Allah terbahagi kepada empat :
  1. Sifat Nafsiah - iaitu dari zat itu sendiri, bukan sifat yang menumpang pada zat itu. Sifat ini dikatakan Nafsiah kerana tidak menunjukkan makna yang menumpang pada diri zat. Contohnya, wujud
  2. Sifat Salbiah - Iaitu menanggalkan,menolak ataupun menafikan. Maksud salbiah dalam hal ini iaitu menolak sifat-sifat yang tidak layak bagi Allah. Contohnya, Baqa' sehingga wahdaniyyah
  3. Sifat Ma'ani - Sifat yang maujud atau ada yang berdiri pada zat Allah yang menyebabkan zat itu bersifat dengan suatu hukum sifat Ma'nawiyah. Contohnya, Qudrah sehingga Kalam
  4. Sifat Ma'nawiyah - iaitu suatu perkara yang sabit atau yang tetap bagi Zat Allah bersifat dengan sifat Ma'ani. Dianta sifat Ma'nawiyah dengan Sifat Ma'ani tidak terpisahkan.
Sifat yang Wajib bagi Allah

1. Sifat Wujud : Ada
             
                  Allah wajib memiliki sifat wujud ertinya Allah itu wajib ada. Allah adalah sebagai zat yang Wajibul Wujud ertinya Zat yang wajib adanya. Wujudnya Allah tidak diragukan lagi kerana adanya Allah dapat dibuktikan dengan dalil Al-quran dan Hadith dan dapat dibuktikan dengan akal.
             
 Allah tidak ada yang menjadikannya dan tidak pula Allah menjadikan diri-Nya sendiri. Adanya Allah tidak didahului dengan tiada dan tidak diakhiri dengan tiada. Dan mustahil Allah itu tiada. 
              
Wajib pada Syara' atas tiap-tiap mukalah mengetahui serta mengaku didalam hatinya akan tentu sungguh ada Allah dan tidak terima Adam ( tidak ada ). Pengakuan didalam hati dengan tantu ada sungguh Allah itulah dinamakan wajib pada aqal. Dan pengakuan tentu tidak, tiada Allah itulah dinamakan mustahil.

2. Sifat Qidam : Sedia

                Qidam ertinya sedia,iaitu adanya Allah tidak dengan permulaan dan mustahil bagi Allah kalau berpermulaan. Sebab jika Allah berpermulaan bererti ada yang menjadikan dan jika sesuatu itu ada yang menjadikan maka sudah tentu itu bukan tuhan. Allah tidak bernak dan diperanakkan kerana Allah yang awal dan yang akhir. 
                
Qidamnya Allah atau Allah itu dahulu atau sedia, ertinya adanya Allah itu tidak bermula dan tidak berakhiran itu bermaksud tiada kesudahan bagi Allah. Adanya Allah jelas dan nyata dan menguasai atas segala yang batin atau mengetahui segala yang tersembunyi. Zatnya tidak dapat disaksikan dengan mata begitu juga akal dan hati tidak mapu untuk mengetahui tentang-Nya.
                 
Sifat Qidam merupakan Sifat Salbiah, iaitu menafikan atau menolak sifat yang berlawanan dengannya. Jika sudah terang dan nyata Allah bersifat Qidam ertinya berpermulaan, bererti sifat Qidam  itu sendiri menafikan sifat yang melawan dengannya, iaitu sifat Hudus atau baharu, Adanya Allah sudah tentu semenjak dari zaman Azali lagi iaitu sebelum segala sesuatu itu ada. Setiap insan wajib mengimani tentang kewujudan Allah itu tidak berpermulaan dan tidak pula akan berakhir.
Wajib pada syara' atas tiap-tiap mukalaf itu mengetahui serta mengaku didalam hatinya akan tentu sungguh Sedianya Allah dan tidak terima Huduth. Permulaan didalam hati dengan tentu sungguh Allah bersifat Sedia itulah dinamakan dai wajib pada aqal, dan pengakuan didalam hati dengan tentu tidak baharu itulah dinamakan dia mustahil pada aqal

3. Sifat Baqa' : Kekal

               Allah wajib mempunyai sifat Baqa', ertinya kekal ataupun tidak berkesudahan, wujud Allah kekal untuk selama-lamanya, tidak ada batasan waktu ataupun masa. Orang yang beriman kepada Allah menyakini bahawa yang menciptakannya itu kekal tanpa kesudahan, begitu juga harus dipercayai oleh setiap insan bahawasanya kehidupanmakhluk akan berakhir dengan kebinasaan dan kehancuran dan akan ia kembali kepada Allah yang Maha Kekal.

Dengan mempercayai akan Allah mempunyai sifat Baqa', ianya akan menguatkan keyakinan tentang adanya kehidupan di akhirat, sebagai meneruskan kehidupan di atas dunia yang fana ini. Kerana masih ada Pencipta Yang Maha Baqa' yang mengaturkan tentang kehidupan di akhirat kelak.

Wajib pada syara' atas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku didalam hati akan tentu sungguh Allah kekal dan tidak menerima Fana' (binasa). Pengakuan didalam hati dengan tentu sungguh Allah bersifat Baqa' itulah dikatakan wajib pada aqal, dan pengakuan tentu didalam hati akan binasa Allah itu mustahil pada aqal.


                  

Labels:


2 Comment(s)


Iman dan Islam
Saturday 8 December 2012@23:27

Maksud Iman 
Bahasa : Percaya
Istilah : Ucapan dengan lidahdan kepercayaan yang benar dengan hati danperbuatan dengan anggota.

Takrif Iman menurut istilah syariat Islam ialah seperti yang diucapkan oleh Ali bin Abi Talib yang bermaksud:
'Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota"
Aisyah r.a pula berkata: "Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan danmembernarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota"
Imam Al-Ghazali menghuraikan makna Iman adalah : "Pengakuan dengan lidah(lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun(anggota-anggota)

Maksud Islam
Bahasa : Selamatdan sentosa atau kedamaian. ia bermaksud menyerah diri,tunduk dan patuh
Istilah : Patuh dan menyerah diri kepada Allah dengan penuh kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan.

Definisi Islam juga dapat difahami ketika Jibril datang kepada Rasulullah :
"Ceritakan kepadaku (wahai Muhammad) tentang islam" Rasulullah menjawab: "Engkau mengaku tiada tuhan melainkan Allah, Muhammad adalah hambanya dan pesuruhnya, menunaikan solat, mengeluarkan haji, berpuasa pada bulan ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah bagi yang mampu"

Perbezaan antara Islam dan Iman 

  1. Mazhab ahli sunnah : Islam adalah umum daripada iman tapi Iman adalah khusus dalam Islam.             "Setiap orang beriman itu mukmin, dan tak semua orang mukmin itu beriman"
  2. Mazhab Jumhur Ulama' : Sesungguhnya kefahaman mengenai Iman itu berbeza dengan kefahaman mengenai Islam
  3. Mazhab Mu'tazilah : Tiada perbezaan antara Islam dan Iman
Pandangan mengenai turun naiknya Iman
  1. Pandangan sesetengah Ulama' ( Imam Fakhrurazzi ) : Sesungguhnya iman seseorang itu bertambah nak berkurang dengan adanya amalan. Tetapi tidak bertambah dan berkurang jika tiada amalan
  2. Pandangan Mazhab Jumhur Ulama' : Sesungguhnya Iman seseorang itu bertambah dan berkurang mengikut ketaatan ketika beribadah
* Pandangan yang dipersetujui : Pandangan Jumhur Ulama' bahwa iman itu bertambah dan berkurang.


0 Comment(s)


© Copyright http://ernamadina267.blogspot.com ™ 2012.